Selepas heboh Pas kena sindir, batal dah lumba kura-kura di Kelantan

Heboh jadi sindiran warga maya ekoran penganjuran pertandingan lumba kura-kura yang dijadualkan bakal berlangsung di Bandar Tasek Raja di Pasir Mas, Kelantan.

Awalnya dirancang pada 30 September, program ‘budak tak sekolah’ yang mengundang cacian itu akhirnya dibatalkan.

Pemberitahuan itu dimaklumkan penganjur Expo Kelantan Event di Facebook hari ini.

Kerajaan Pas Kelantan jadi bahan cacian dan sindiran orang ramai ekoran perlumbaan mengarut ini.

“Cadangan penganjuran ini dibatalkan dan kami memohon maaf sekali lagi di atas kekhilafan dari pihak kami dan penganjur serta program ini tidak terlibat mana-mana agensi atau Persatuan.

“Insya-Allah, tarikh tersebut kami gantikan kepada program 300 makanan percuma,” kata penganjur.

Terdahulu, tular poster program yang menggunakan bahasa bercampur aduk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan memaparkan jumlah wang yang bakal dimenangi peserta.

Johan diumum bakal meraih hadiah berjumlah RM500 manakala naib johan membawa pulang RM300 diikuti tempat ketiga dan keempat masing-masing mendapat RM200 dan RM100.

Rata-rata mencaci dan menyindir penganjuran lumba binatang di negeri yang dikenali kubu kuat Pas itu termasuk penggunaan bahasa dan rekabentuk poster yang serabut.

“Lumba dalam English adalah race. Race dalam bahasa Melayu adalah lumba. Jangan pening sangatlah walaun. Bahasa pun berterabur.

“Tukar ko walaun bey… pertandingan sumbat walaun dalam guni.

Alaaa… kitanya sebulan dah latih kuro kita joging petang-petang, nak hadiah nombor satu,” demikian antara komentar sinis warga maya.

BACA JUGA Masih terngiang ‘pasar Ikhwan di Putrajaya’, muncul pula lagu serah hidup mati untuk Abuya