Tular lagi kes hina Islam pada resit pesanan di restoran pizza
Pagi ini tular lagi kes menghina Islam pada resit pesanan makanan di sebuah restoran pizza.
Resit yang dilihat Harapan Daily itu bertarikh 19 September 2024 iaitu semalam dengan terdapat dua ayat yang menghina Islam.
Butiran pada resit menunjukkan pesanan dibuat seorang pelanggan di Sarawak.
Tempahan dipercayai dibuat menerusi aplikasi dalam talian kerana ada ruangan ‘remark’.
Tangkap layar resit tersebut dimuat naik seorang pengguna Facebook di satu laman kumpulan sambil memaklumkan laporan polis sudah pun dibuat.
Hasil carian, individu itu banyak membuat ‘posting’ mengkritik dan menyerang kerajaan. Ada yang mendakwa resit itu adalah rekaan individu terbabit.
Bagaimanapun, sama ada ia direka atau pun tidak, perbuatan menghina Islam adalah satu kesalahan kerana cubaan provokasi dalam isu 3R (agama, raja, kaum).