MoU peruntukan pembangkang: Boleh dah ‘tutup buku’
Oleh AHMAD MURSI
Perikatan Nasional (PN) sepakat menolak draf MoU tanpa bagi apa-apa maklum balas kerana menganggap ‘tak ada guna berunding’.
Puncanya, syarat pertama yang akan PN minta buang jika berunding ialah isytihar harta, maka pecahlah rahsia hati busuk mereka.
Alasan-alasan lain hanya drama untuk tutup alasan utama ini.
Dakwaan MoU ini langgar amalan demokrasi itu pelik kerana dulu mereka juga yang tawarkan MoU semasa Tebok Atap.
MoU atau CSA adalah amalan biasa di banyak negara demokrasi UK, Australia, New Zealand, Canada dan lain-lain.
Zaman Tebok Atap, drafnya juga disediakan oleh kerajaan, kemudian diserah kepada pembangkang PH dan dirunding. PN lupa ke?
Tiada satu pun kenyataan pimpinan PN tunjukkan di klausa mana yang dikatakan ancam Melayu-Islam, langgar hukum moral dan agama, serta dikatakan berat sebelah. Hanya cakap-cakap kosong.
Jika dikatakan MoU ini mengongkong, tak ingat ke MoU Tebok Atap dulu yang wajibkan PH undi menyokong kerajaan? MoU kali ini tiada syarat itu.
Dapat sahaja draf, pembangkang terus bermain politik. Dari awal mereka tidak jujur.
Apabila MoU ditolak secara rasmi, eloklah ‘tutup buku’ hal MoU peruntukan Parlimen ini dan jangan dibincang lagi.
Peruntukan untuk rakyat boleh disalurkan melalui agensi kerajaan atau wakil kerajaan dan itu tidak pun melanggar undang-undang.
PN di kedudukan leverage yang rendah untuk paksa kerajaan setuju dengan kehendak PN. Tanpa MoU pun, kerajaan tetap stabil dengan sokongan dua pertiga.
Terma cadangan kerajaan pula munasabah, agar tidak permain politik pecah belah kaum, agama dan Raja tapi fokus isu negara.
Salah ke bila disyaratkan PN kena akui Perlembagaan lindungi hak dan kebebasan rakyat tanpa kira siapa?
Salah ke syarat PN kena akui semua dilahirkan bebas dan berhak dilindungi daripada diskriminasi?
Salahkah kerajaan mensyaratkan PN tolak ucapan kebencian dan diskriminasi berkait 3R?
BACA JUGA Banjir makin buruk di Kedah, Sanusi di Jepun, PM Anwar turun tinjau pagi ini
Â