Bini muda tak bawa pun, kata Sanusi kepada mangsa banjir selepas balik dari Jepun

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan bahawa beliau telah membawa isteri keduanya dalam lawatan kerja ke Jepun.

“Pasal apa bawa bini muda? Tak bawa pun.

“Bini ada kat rumah. Seorang kerja cikgu, seorang kerja polis. Takkan nak bawa.”

Beliau berkata demikian semalam ketika melawat penduduk yang terjejas akibat banjir di pusat penempatan sementara di Derang, Kedah.

Lawatan tersebut dibuat semalam sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sebelum ini terdapat ura-ura bahawa beliau telah membawa isteri keduanya dalam lawatan sambil belajar ke Jepun.

Â