MKI akan bincang isu doktrin GISBH
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) akan membincangkan isu berkaitan doktrin fahaman GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) semsa sidang jawatankuasa tersebut dari Selasa hingga Khamis ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya menyokong penuh tindakan penguatkuasaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menahan dan mendakwa sebilangan pemimpin serta ahli GISBH.
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan kerjasama penuh bagi membantu pihak PDRM dalam proses siasatan isu GISBH.
“JAKIM telah mengadakan pertemuan bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi menyelaras tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri,” katanya menerusi Facebook.
Isu itu turut mendapat reaksi daripada Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.