Tambahahan peruntukan belanjawan untuk penanaman kenaf
Kementerian Perladangan dan Komoditi ingin mendapatkan mendapatkan peruntukan lebih besar di dalam belanjawan negara untuk untuk meningkatkan penggunaan kenaf.
Tanaman yang baharu di Malaysia ini asalnya dibawa sebagai tanaman gentian kepada tembakau. Hari ini ia dikenali sebagai tanaman gentian tembakau.
Ia bertahan dalam perubahan iklim dan akarnya mampu menghasilkan lebih banyak oksigen juka ditanam secara meluas.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata aktiviti berkaitan kenaf telah berubah menjadi industry bernilai RM10 juta ringgit dalam enam bulan pertama tahun ini, peningkatan sebanyak 69% berbanding tahun 2022.
Dengan potensi pertumbuhan yang besar, Chan berkata kementeriannya akan meminta dana yang lebih banyak untuk Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan tumbuhan dan peluang penyelidikan dan pembangunan.
Buat masa ini kini, kenaf boleh dituai dalam tempoh tiga bulan dan menghasilkan bahan untuk tilam, soket plastic elektrik, makanan ternakan, penyerap penycemaran bunyi.
“Ruang untuk pertumbuhan amat besar, dengan waktu dan sokongan yang baik, LKTN akan berada di kedudukan untuk mendapatkan potensi pokok ini sepenuhnya,” kata Chan Ketika merasmikan persidangan kenaf kebangsaan di Cyberjaya beberapa hari yang lalu.
Sejumlah Sembilan kertas kerja oleh golongan akademik tempatan dan antarabangsa turut dibentangkan.
Chan turut kagum dengan produk kenaf yang meluaskan pasaran sebanyak 69% memandangkan tanaman ini masih baru di Malaysia.
Ia banyak ditanam di bekas kawasan penanaman tembakau terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis.
Rancangan untuk memperkenalkannya ke Sabah dan Sarawak sudahpun bermula.