14 berita terbaik ekonomi Madani sepanjang bulan ini
SUSUNAN AHMAD MURSI
1) 𝗥𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 𝗧𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗸𝘂𝗵 (RM4.16 per USD waktu ini) selepas BNM mengekalkan OPR pada 3 peratus. Ini berpotensi mengurangkan jurang kadar faedah antara AS dan Malaysia sekiranya Fed menurunkan kadar faedah bulan ini.
2) 𝗥𝗶𝘇𝗮𝗯 𝗕𝗡𝗠 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 kepada USD 117.6 bilion untuk bulan keempat berturut-turut, menandakan pertumbuhan dalam eksport bersih dan aliran masuk modal asing.
3) 𝗜𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹 pada Ogos menurun kepada 1.9 peratus, membuktikan rasionalisasi subsidi diesel tidak memberi kesan serius pada inflasi serta kejayaan strategi kerajaan.
4) 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗗𝗶𝗺𝗶𝗻𝗮𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗔𝘀𝗶𝗻𝗴 selama enam minggu berturut-turut, pelabur asing terus menjadi pembeli bersih dalam pasaran saham Malaysia, disokong oleh prestasi eksport negara yang semakin memberangsangkan.
5) 𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗗𝗮𝗴𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 kepada 18.6 peratus pada Ogos, tertinggi dalam tempoh 22 bulan!
6) 𝗔𝗹𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗔𝘀𝗶𝗻𝗴 Bursa Malaysia mencatat aliran masuk bersih pelabur asing sebanyak RM798.3 juta untuk minggu keempat berturut-turut, meskipun pasaran serantau tidak menentu.
7) 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝘂𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗗𝗶𝗸𝗲𝗸𝗮𝗻𝗴 di Kelantan menurun sebanyak 95 peratus – KPDN.
8) 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗔𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗠𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 dengan jumlah yang diluluskan setakat separuh pertama tahun 2024 ialah RM160 bilion, meningkat 18 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
9) 𝗧𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗟𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 Pembelian bersih pelabur asing mencapai RM1.5 bilion di pasaran saham minggu awal September/akhir Ogos.
10) 𝗦𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 Malaysia semakin hampir mencapai status negara berpendapatan tinggi – OECD.
11) 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗚𝗲𝘁𝗮𝗵 𝗗𝗶𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗡𝗮𝗶𝗸 kerana pengeluaran dari China dan India tidak mampu menampung permintaan global.
12) 𝗣𝗿𝗲𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗥𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴 sepanjang Julai 2024, meningkat sebanyak 2.5% berbanding USD, manakala matawang SGD, Baht, dan Rupiah hanya naik purata 1% sahaja.
13) 𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗺𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗸𝗷𝘂𝗯𝗸𝗮𝗻 Dijangka mampu mencapai lebih 5% pada 2024 menurut MD Hong Leong Bank. Ini dianggap menakjubkan memandangkan hutang kerajaan tidak meningkat secara mendadak.
14) 𝗕𝗨𝗥𝗦𝗔 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗼𝗻𝗷𝗮𝗸 FBM KLCI mencapai paras tertinggi dalam tempoh empat tahun, melepasi 1670 mata pada 26 Ogos.
Kredit: Nazri Hamdan
BACA JUGA Pelaburan lebih banyak masuk ke Malaysia, TV Thai pun tertarik bincang ekonomi negara