Da’i Syed fail rayuan hukuman penjara 10 tahun, tiga sebatan
Da’i Syed memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita, pada 2019.
Pemilik nama nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful itu mengemukakan permohonan itu kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan Hakim, Norazlin Othman yang menjatuhinya hukuman tersebut, pada 30 Ogos lalu.
Syed Shah Iqmal, 29, membuat permohonan itu menerusi notis rayuan yang difailkan pada 30 Ogos lalu.
Dalam hal berkaitan, peguam, Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Syed memaklumkan bahawa mahkamah menetapkan pengurusan kes bagi rayuan itu pada 5 November depan.
Beliau berkata, Syed Shah Iqmal selaku perayu, berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman pada 20 September lalu.
Sehubungan itu, mahkamah membenarkannya dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Dalam sidang akhbar media, Abu Bakar berkata, perayu dilepaskan dengan ikat jamin RM35,000 dengan dua penjamin, yang mana ia merupakan prosedur biasa.
BACA JUGA Kes GISBH: Mufti Negeri Sembilan tunggu MKI bersidang