Izzuddin dapat hadiah berganda, timang anak sulung lepas jadi juara
Pemain profesional negara, Nur Izzuddin menerima rezeki melimpah ruah apabila dikhabarkan baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka selepas berjaya melakar sejarah menjuarai Badminton Terbuka China.
Berita kelahiran anaknya dikongsikan isterinya di Instagram sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama pada semalam.
Isterinya yang dikenali sebagai Mawar Mutiara memuat naik gambar ketika Izzuddin menggendong anak sulung mereka.
“One year entwined in love’s embrace, now blessed with a new life’s grace. Happy first anniversary, my love,” coret Mawar dengan penuh gembira.
Pasangan itu bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai cahaya mata sulung mereka itu.
Sekadar info, Nur Izzuddin dan Mawar selamat diijabkabulkan dengan berwalikan bapa pengantin perempuan pada September tahun lalu.
Sekilas kejayaan terbaharu Izzuddin, dia dan pasangan beregu Goh Sze Fei telah menjuarai badminton Terbuka China sekali gus menjadi beregu pertama Malaysia rangkul gelaran dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000 dan kemarau 35 tahun Malaysia bagi muncul juara beregu lelaki di Terbuka China.
BACA JUGA Anda tidak bersalah, sabarlah, kata Pas kepada ‘staff’ JAIM yang diambil tindakan