PRK Mahkota: 82 peratus keluar mengundi sehingga jam 1 petang

Sebanyak 82 peratus pengundi awal sudah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sehigga jam 1 petang tadi.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 4,922 pengundi awal untuk PRK di Kawasan tersebut.

Tiga pusat undi awal dibuka pukul 8 pagi tadi ialah Dewan Pengaman Zamrud, Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kluang membabitkan 401 pengundi; Dewan Mahkota, Kem Mahkota (3,865 pengundi) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sir Ibrahim (645 pengundi).

Kesemua pusat mengundi awal itu membabitkan 11 saluran mengundi yang dijangka ditutup jam 5 petang.

BACA JUGA Kes GISBH: Mufti Negeri Sembilan tunggu MKI bersidang