Tular gambar bersama GISBH, Yusuf Azmi seru Caprice bersemuka
Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi membuat surat terbuka, mencabar Caprice untuk bersemuka dengannya bagi membincangkan ketidakpuasan hati antara kedua pihak.
Kontroversi kedua-duanya bermula apabila Yusuf Azmi dalam satu video pendek mempersoal mengapa Caprice tidak berpuas hati dengannya dan mencabar agar penyanyi itu datang bertemunya.
Caprice membalas semula dengan satu video ringkas; memotong sedikit video asal Yusuf Azmi sebelum meletakkan lagu ‘Pasar Ikhwan Di Putrajaya’, serta gambar Yusuf Azmi bertemu ahli GISBH.
Susulan itu, Yusuf Azmi tampil memuat naik satu poster yang merupakan surat terbuka untuk Caprice.
“Pihak Semboyan Malaysia mengajak Caprice untuk berdepan dengan kami dan bercakap depan kami tentang apa yang tidak puas hati terhadap pihak kami.
“Kami menjemput Caprice dan masih menganggap anda sebagai seorang lelaki,” kata surat itu.
Terdahulu, Caprice mendedahkan sekeping gambar Yusuf bersama pemimpin Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Difahamkan gambar tersebut dirakam di sebuah pusat beli-belah terkenal dalam satu majlis awal tahun ini.
Ia sekaligus mengaitkan pengasas Semboyan itu dengan kumpulan yang sedang disiasat polis.
BACA JUGA Pelaburan lebih banyak masuk ke Malaysia, TV Thai pun tertarik bincang ekonomi negara