Tiada apa yang baru dalam pemilihan Bersatu kerana mereka tidak evolve

Hos bersama rancangan Keluar Sekejap Shahril Hamdan menyifatkan Bersatu sebagai sebuah parti yang gagal berkembang meskipun memperoleh sokongan kuat Ketika pilihan raya negeri dan masih mengharapkan undi protes.

Kegagalan sangat besar sebab protes besar. Mereka tidak evolve sama ada dari segi paparan wajah kepimpinan, retorik, naratif, mereka gagal.

“It was there for the taking. Undi dan sokong Melayu kepada Perikatan Nasional dan kepada Bersatu dah ada untuk dibolot dan dipastikan dapat dikunci tapi mereka tidak berani mengambil Langkah – langkah yang wajar untuk membuat perkara itu.

“Tidak ada paparan dasar yang jelas, tidak ada retorik dan naratif yang boleh memberikan inspirasi kepada orang. Mereka masih benda yang sama dan segala macam teguran dan cadangan yang diberikan bukan hanya oleh kita tidak diambil oleh mereka.

“Mereka jadi protest vote. Bila ada isu keluar, mereka akan cuba ambil kesempatan. Mereka oportunistik tapi tak ada tema dalam apa sebenarnya yang cuba dibawa oleh Bersatu.

“Kalau tengok pemilihan ini tak ada juga wajah baru yang memungkinkan inspirasi baru disuntik,” katanya dalam siaran rancangan Keluar Sekejap.

Shahril dan Khairy membincangkan berkenaan Bersatu yang akan mengadakan pemilihan mereka pada bulan hadapan.

Dalam perkembangan berkaitan, Iswardy Morni, seorang aktivis PKR dalam siaran livenya berkata Azmin hanya mempertahankan jawatan ketua bahagian Gombak dalam Bersatu kerana tidak mendapat lampu hijau untuk bertanding untuk jawatan timbalan presiden.

Azmin pernah menjadi timbalan presiden PKR.

Jawatan timbalan presiden Bersatu akan diambil alih oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin.