Besar niat Hadi Awang usahakan perpaduan mazhab di Iran, tapi gagal di Malaysia

OLEH AHMAD MURSI

Dah lama niat Hj Hadi nak dekatkan mazhab Syiah dan Sunni di Iran.

Cumanya, di Malaysia ini, Hj Hadi jadi punca perpecahan sesama orang Islam, walaupun sesama mazhab.

Sejak kehadirannya dalam politik, masyarakat Melayu berpecah-belah dengan isu kafir-mengkafir hingga hari ini dengan pelbagai label.

Dalam masyarakat yang harmoni di Malaysia, insiden berdarah Memali berlaku akibat indoktrinasi ‘Amanat Hj Hadi’.

Definisi perpaduan baginya hanya bila semua parti bergerak duduk di belakang PAS (atau di belakang Hj Hadi).

Walhal, Perpaduan ‘Satu Ummat’ yang Nabi bina dalam Piagam Madinah bukan di kalangan orang Islam sahaja, malah bukan Islam yang juga sangat ramai di Madinah.

Haji Hadi dan PAS pula bergerak kepada Asobiyyah kaum dengan meniup api persengketaan tajam antara kaum dan agama.

Ulama sebenar ajak manusia kepada agama dan dakwah yang baik, tapi Hj Hadi ajak kepada partinya. Itulah puncanya.

Dah banyak usaha PMX membantu Pa-les-teen tapi tak nampak lagi Hj Hadi dan PAS zahirkan sokongan, sebaliknya mengada-adakan fitnah.

Usaha satukan umat itu baik. Tapi usahakanlah juga di tanah air sendiri. Padamlah persengketaan dirinya dan PMX khususnya di hujung usia ini.

Cukuplah memainkan isu akidah semata-mata nak menambah undi PAS dan memburukkan lawan