Hukum Sanusi meskipun ampun dipinta

Rata-rata netizen mahu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi dihukum di atas keceluparannya menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris SHah.

Perkara ini diluahkan susulan Pejabat Sultan Selangor yang menerbitkan semula surat permohonan Sanusi yang bertarikh semalam.

Surat tersebut telah diterbitkan di laman Facebook Selangor Royal Office.

Sanusi kini berdepan dengan tuduhan menghina Sultan Selangor di bawah Akta Hasutan setelah mempersoalkan kewibawaan baginda melantik Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari Ketika kempen pilihan raya negeri Selangor.

“Jika hanya memohon maaf boleh menyelesaikan masalah, ia akan memberi gambaran institusi beraja boleh dipermainkan sesuka hati dan diheret ke kancah politik.
Harap teruskan perbicaraan di Mahkamah Tuanku. Orang Kedah pun rasa malu dengan keceluparan MB ini,” kata Luqman Rosli.

“Ampun Tuanku patik pacal yang hina ini, semoga beliau tetap didakwa di mahkamah sebagai pengajaran kepada ahli-ahli politik lain supaya jangan diheret apatah lagi dihina martabat kesultanan Melayu yang berdaulat,” kata Faiz Na’aman.

“Mohon teruskan tindakan mahkamah, Biarkan Sanusi itu menerima akibat yang sewajarnya,” kata Muhammad Ooi.

“Kalau diampunkan..mungkin kes yang sama dibuat pula oleh orang lain dan kemudian mohon diampunkan..jika tak diampun,orang akan pertikai..kenapa MB Kedah boleh diampunkan,” kata Mohd Syukri.

Sanusi yang juga pengarah pilihanraya Perikatan Nasional bukanlah satu-satunya pemimpin yang didakwa menghina sultan.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu juga didakwa dibawah Akta Hasutan kerana mempersoal kewibawaan Agong dalam isu pelantikan perdana menteri.

Beliau berbuat demikian ketika kempen pilihan raya negeri Nenggiri.

Â