Polis sahkan tiada sabitan jenayah ke atas calon BN Mahkota
Ketua Polis Kluang ACP Bahrin Mohd Noh mengesahkan bahawa calon BN DUN Mahkota Syed Hussein Syed Abdullah tidak mempunyai rekod sabitan jenayah di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak Diingini 1969.
“Siasatan yang dijalankan bersabit kes yang dinyatakan telah dirujuk ke pejabat timbalan pendakwaraya dan diarahkan tiada Tindakan lanjut,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian ekoran dari tuduhan pemimpin Bersatu Negeri Sembilan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.
Chegu Bard telah menuduh bahawa Syed Hussein mempunyai rekod jenayah semalam.
Ekoran itu Pemuda Umno Johor dan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan perkara tersebut.
Ini kerana semakan dibuat sebelum calon diputuskan.
Dalam pada itu, Syed Hussein berkata bahawa beliau akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Chegu Bard.
Syed Hussein akan bertanding melawan calon Bersatu (Perikatan Nasional) Mohamad Haizan Jaafar pada 28 Sept.