Kes hasutan Sanusi ditangguhkan, apa jadi?
Kes hasutan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa kerana mencemarkan nama baik Sultan Selangor Ketika ceramah pilihan raya negeri Selangor telah ditangguhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan tersebut setelah dimaklimkan oleh timbalan pendakwa raya Datuk Masri Daud bahawa representasi yang dihantar oleh pihak Sanusi masih dalam pertimbangan Jabatan Peguam Negara.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Oktober dan Sanusi wajib menghadiri pendengaran kes tersebut.
Peguam Sanusi, Awang Armadajaya Awang Mahmud pula memaklumkan mahkamah bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sudahpun memberikan keampunan kepada anakguamnya.
Surat pengampunan sultan telah disiarkan semalam di laman Facebook Selangor Royal Office.