Keputusan PRK DUN Mahkota dijangka keluar awal
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dijangka dapat diketahui seawal 9 malam ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun.
Keputusan akan diketahui awal kerana lokasi pusat mengundi yang berdekatan dan proses pengundian yang berjalan lancar, membolehkan keputusan dapat diketahui dengan lebih cepat.
“Di Kluang, logistiknya agak mudah dan dekat dengan semua, selain tempat mengundi juga berhampiran dengan bandar, jadi kita menjangkakan 9 malam,” katanya.
Ramlan berkata demikian kepada media selepas meninjau proses pengundian di pusat mengundi Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.
Ramlan menambah SPR menjangkakan lebih 60 peratus, berbanding pilihan raya sebelum ini, iaitu 57 peratus.