Mahkota memilih hari ini

Pengundi DUN Mahkota memilih hari ini selepas 14 hari berkempen

Sebanyak 61,397 pengundi layak mengundi di 20 pusat melibatkan 109 saluran yang akan dibuka serentak pada 8 pagi hingga 6 petang.

Mereka inilah yang akan menentukan nasib kawasan tempat tinggal mereka.

Pilihan yang ada hanya dua – calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah, 40 dari Umno atau atau wakil Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61 dari Bersatu.

Para penganalisa rata-rata telah menyatakan Syed Hussien akan memenangi kerusi ini.

Persoalannya berapa majoriti yang akan dimenangi Syed Hussien?

Semua ini hanya boleh ditentukan oleh pengundi Mahkota hari ini.