PRK DUN Mahkota: Ini ramalan IDE

Institut Darul Ehsan menjangkakan BN akan menang kerusi DUN mahkota dengan majoriti antara 5900 hingga 10,280 undi.

“Jika mood semasa kekal hingga hari pengundian maka dengan jangkaan turun mengundi 53%, Barisan Nasional mampu meraih kemenangan sehingga majoriti antara 5,900 hingga 10,280 undi.

“Jika peratusan keluar mengundi melebihi 53%, maka majoriti yang diperolehi akan lebih meningkat,” kata institut tersebut dalam kenyataan malam tadi.

IDE turut meramalkan Perikatan Nasional boleh memperoleh 14,000 undi maksimum.

“Undi paling tinggi yang diperolehi oleh PN, 14,090 undi iaitu pada PRU 15, undi Parlimen 2022. Pilihan raya Negeri, Mac 2022 undi diperolehi adalah 7,600.

“Oleh yang demikian, pada PRK Mahkota, maksimum undi yang boleh diperolehi oleh PN adalah 14,000 dan mungkin akan merosot kepada 10,000 undi.”

Dari sudut daerah mengundi, IDE menjangkakan PN hanya boleh mendapat majoriti di tiga daerah mengundi sahaja.