Ini respon Mahiaddin selepas kalah di Mahkota
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yasin meminta parti-parti gabungan menerima isyarat pengundi DUN Mahkota dengan berlapang dada.
Beliau dalam satu hantaran ringkas di Facebook berkata, PN mesti melakukan pembaikan prestasi selepas BN berjaya menggandakan majoriti undi.
“PN menghormati pilihan pengundi DUN Mahkota selaras dengan semangat demokrasi.
“Saya percaya kekalahan calon PN dalam PRK ini tidak akan mematahkan semangat kita untuk terus berjuang.
“Kita mesti menerima isyarat pengundi DUN Mahkota dengan berlapang dada dan mengambil langkah segera untuk memperbaiki prestasi parti,” katanya.
Presiden Bersatu itu berkata, PN akan akan bangkit semula dengan semangat yang lebih jitu untuk mencipta kemenangan di pentas demokrasi.
Barisan Nasional (BN) melakar kemenangan besar di Dewan DUN Mahkota dengan majoriti 20,648 undi, empat kali ganda berbanding dicatat parti itu ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) dua tahun lalu.
Calon PN, Haizan Jaafar hanya memperoleh 7,347 undi.
Â