Gelombang kedua banjir Kedah makin buruk, semua paras sungai sedang menaik

Gelombang kedua banjir di Kedah semakin buruk apabila jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) terus bertambah.

Seramai 1,489 mangsa kini sedang berlindung di PPS membabitkan 470 keluarga, menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jumlah itu dilaporkan setakat jam 3 petang tadi, berbanding 1,338 orang daripada 432 keluarga pada 7.19 pagi.

Kawasan terjejas melibatkan daerah Pokok Sena dengan seramai 737 mangsa membabitkan 233 keluarga, Kubang Pasu (236 orang daripada 82 keluarga) dan Kota Setar dengan 411 mangsa membabitkan 129 keluarga.

Maklumat Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan kesemua sungai di Kedah merekodkan trend menaik.

Lima sungai yang terletak di Kubang Pasu, Kota Setar dan Pedang sedang mencatat bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 2 petang tadi.

Sementara itu, Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar dan Sungai Janing di Kampung Labi, Padang Terap masing-masing telah melebihi tahap amaran dan waspada.

BACA JUGA 5 ikhtiar Kerajaan MADANI menoktahkan kemiskinan

Â