Jenazah Hassan Nasrallah ditemui

Jenazah Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah yang terkorban dalam serangan udara pengganas Israel di selatan Beirut, dilapor sudah ditemui.

“Jenazahnya ditemui pada Sabtu (28 September) dan sudah dikafankan semalam (Ahad) selepas dimandikan,” kata sumber kepada AFP.

Di Iran, pemimpin kanan meratapi kematian seorang anggota kanan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) yang syahid bersama Nasrallah.

Tehran menggesa mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) diadakan berhubung tindakan Israel.

Tiga pejuang Palestin ini syahid semasa Perang Banjir Al-Aqsa. Hassan Nasrallah terkorban pada September, Ismail Haniyeh (Julai) dan Saleh Al-Arouri (Januari).

Lapor Reuters, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, telah dipindahkan ke lokasi yang selamat di Iran selepas pembunuhan Nasrallah.

Jasad Nasrallah dilaporkan ditemui dalam keadaan utuh di lokasi serangan pada 27 September, menurut sumber perubatan dan sumber keselamatan kepada Reuters.

Nasrallah dianggap sebagai orang paling berkuasa di Lebanon menyebabkan pengganas Israel menyerang kubu kuat Hizbullah di selatan ibu negara itu.

Serangan udara pada 27 September lalu turut membunuh komander tertinggi Hizbullah, Ali Karake, di selatan Lubnan, menurut kumpulan pejuang itu semalam.

Seorang Senator di Amerika Syarikat (AS), Mark Kelly, berkata bom yang Israel gunakan untuk membunuh Nasrallah adalah buatan senjata berpandu buatan AS seberat 2,000 paun (900 kilogram).

BACA JUGA GISBH rupanya dah lama pakai teknik ‘Smurfing’ – Bahagian 1