Lagi khabar tidak menggembirakan walaun, prestasi Ringgit Malaysia terbaik Asia
AmBank (M) Bhd dalam laporannya menyatakan Ringgit Malaysia mencatatkan prestasi yang memberangsangkan sekaligus muncul sebagai mata wang terbaik di rantau Asia dengan pulangan hampir 12 peratus setakat ini.
Prestasi positif mata wang negara ini bagaimanapun mungkin bukan khabar menggembirakan buat penyokong pembangkang yang mesra digelar walaun.
Dalam dagangan harian semalam, ringgit mencatat paras tertinggi RM4.10 berbanding dolar AS
Rekod tersebut mengatasi baht Thailand di kedudukan kedua dengan pulangan sekitar 5.5 peratus.
Menurut AmBank, peningkatan tersebut disokong oleh sentimen pasaran yang positif dan mod risiko tinggi.
Ia juga kesan daripada jurang kadar faedah yang semakin mengecil antara Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kadar Dana Persekutuan (FFR) Amerika Syarikat.
Walaupun inflasi di Malaysia minggu lalu berada di bawah jangkaan dan memberi ruang kepada spekulasi bahawa BNM mungkin mempertimbangkan penurunan OPR, AmBank berpendapat ekonomi Malaysia masih menunjukkan pertumbuhan yang kukuh.
Hal tersebut, menurut bank itu, mengurangkan tekanan terhadap BNM untuk bertindak segera.
BACA JUGA Tidak senada isu GISBH, wujud dua kem dalam Pas?