Mantan ketua unit perisikan balas Iran tali barut Mossad – Ahmadinejad
Mantan ketua unit perkhidmatan perisikan balas Iran yang ditugaskan menangkap agen Mossad di Iran merupakan agen Israel, dakwa mantan presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad.
Mossad ialah agensi perisikan luar Israel.
Beliau yang bercakap kepada CNN Turki mendakwa lebih 20 agen perisikan yang ditugaskan mengawasi aktiviti perisikan Israel juga telah mengkhianati Tehran.
Agen – agen talam dua muka tersebut telah membekalkan Israel dengan maklumat sensitif berkenaan program nuclear Iran, ulas Ahmadinejad.
Beliau menambah kehadiran agen talam dua muka merupakan punca kepada kejayaan Mossad di Iran. Ini termasuk kecurian dokumen program nuclear dari Tehran ke Israel dalam tahun 2018.
Ketua unit perisikan balas yang menjadi agen talam dua muka telah dikenal pasti seawall tahun 2021 tetapi dia dan sekutunya berjaya melarikan diri dan menetap di Israel sekarang, dakwa Ahmadinejad.
Dakwaan oleh Ahmadinejad ini dibuat dalam masa Israel menyerang kumpulan Hezbollah di Lebanon.
Â