Warga China beli hartanah bawah Program M2HH sejak 2002, ini 8 QnA wajib tahu
OLEH AHMAD MURSI
𝟭. 𝗕𝗲𝘁𝘂𝗹𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮?
Ya, ada warga China membeli hartanah di Malaysia kerana harga lebih rendah dan peluang pelaburan menarik di sini.
𝟮. 𝗗𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗮𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵?
Mereka biasanya membeli hartanah di Malaysia melalui program Malaysia My Second Home (MM2H).
𝟯. 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗸 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗶𝗻𝗶 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱?
Sejak tahun 2002.
𝟰. 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗺𝗶𝗻𝗶𝗺𝗮 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗹𝗶?
Harga minima hartanah untuk warga asing membeli di Malaysia melalui program MM2H adalah RM1 juta, bergantung kepada negeri.
𝟱. 𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝘃𝗶𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗼𝗹𝗲𝗵𝗶?
Mereka mendapat visa sosial jangka panjang melalui program MM2H, yang sah hingga 10 tahun dan boleh diperbaharui.
𝟲. 𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮?
Tidak, warga asing yang menyertai program MM2H tidak mempunyai hak untuk mengundi di Malaysia.
𝟳. 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮, 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗠𝗠𝟮𝗛?
Ranking negara paling ramai menyertai MM2H adalah: 1. China 2. Jepun 3. Bangladesh 4. United Kingdom 5. Korea Selatan
𝟴. 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗠𝗠𝟮𝗛?
Untuk menarik pelaburan asing, meningkatkan sektor hartanah, merangsang pertumbuhan ekonomi, mempromosikan negara sebagai destinasi persaraan, dan menambah pendapatan melalui perbelanjaan warga asing.
BACA JUGA Menjawab propaganda pembangkang kononnya kerajaan pro-Israel