Lelaki dedah makanan di Hatyai tak semurah seperti dicanang 

Seorang pemuda mendakwa harga makanan di Thailand terutama di Hatyai sebenarnya tidak semurah yang dicanang kebanyakan pelancong Malaysia.

Lelaki itu yang sudah beberapa kali ke Hatyai memberitahu, makanan dan minuman di pusat tumpuan pelancong itu hakikatnya agak mahal dan tidak semurah dahulu.

Dedahnya, mereka yang biasa melancong ke Siam pasti tahu bahawa semua harga makanan dan minuman di Danok sehinggalah ke Hatyai sudah dinaikkan.

“Cerita pasal makanan di Siam ni murah sebenarnya bohong saja sekarang ni. Tapi kalau dulu memang betul.

“Bermula dari Danok sampailah ke Hatyai semua harga makanan dan minuman sudah dinaikkan. 

“Bagi orang yang dah lama pergi ke Siam mesti tahu harga makanan kat sana dah tak murah macam dulu,” kata pengguna Facebook bernama Rosly Yusof.

Katanya, rakyat Malaysia berlebihan mempromosi Hatyai sehingga menyebabkan ramai yang berpusu-pusu mahu ke daerah itu. 

Dia juga menekankan sekali lagi, harga makanan di pasar berkenaan tidak semurah yang dijangka.

“Tetapi itu lah, orang kita yang tolong buat promosi percuma untuk Siam, maka ramailah orang berpusu pusu buat pasport semata mata nak pergi makan dekat Siam, makan dekat kedai yang viral, tak murah pun.

“Tetapi kalau nak makanan murah, kena pergi ke sebelah Pattani atau Narathiwat, memang sangat murah,” ujarnya lagi.

Pendedahannya yang mengejutkan itu mendapat reaksi dalam kalangan warga maya selain ada yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Namun mereka berkata, kawasan lain di Thailand yang kurang menjadi tumpuan pelancong masih lagi menawarkan harga yang murah.

Individu lain pula memberitahu, selepas mereka mengenali daerah Yala dan Narathiwat yang sememangnya masih banyak lokasi kedai yang sedap, mereka tidak lagi pergi ke Hatyai.

BACA JUGA ‘Dah bersalam, jadi terkedu dan terkhilaf tidak bersalaman sekali lagi’