Ramai desak CEO MADA Corp dipecat
Orang ramai dilihat mendesak agar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MADA Corp, Abdullah Ismail dipecat yang dilantik ke jawatan itu ketika kerajaan diterajui Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob.
Desakan itu muncul dan membanjiri laman sosial susulan tular sedutan rakaman video memaparkan Abdullah enggan berjabat tangan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Rata-rata berpendapat lebih ramai individu yang berkelayakan dan bertanggungjawab untuk menggantikan Abdullah.
Dia dibimbangi menjadi duri dalam daging dalam memastikan pelan dan dasar Kerajaan Persekutuan terutamanya berkaitan industri padi di di kawasan utara Semenanjung Malaysia dapat dilaksanakan secara berkesan.
Dalam masa sama, ada menyifatkan CEO terbabit yang dipercayai penyokong Pas sekurang-kurangnya tahu untuk menghormati orang yang lebih tua walaupun Mohamad adalah Presiden AMANAH.
“Didikan Pas semua tak boleh pakai.
“Sambut salam tu dapat pahala, tanda silaturahim sesama saudara Islam.
“Sekurang-kurangnya bersalaman itu mengeratkan hubungan kita sebagai saudara Islam.
“Sedangkan yang bukan Islam boleh saja berjabat tangan. Pas parti songsang,” demikian antara luahan pendapat warga maya.
Terdahulu,tular rakaman video memaparkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MADA Corp, Abdullah Ismail enggan berjabat tangan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Abdullah dilihat menyilangkan tangan di belakang dan berundur selangkah sejurus Mohamad menghulurkan tangan sekaligus mengundang kecaman orang ramai kerana dilihat bersikap biadab.
Semakan Harapandaily mendapati Abdullah dilantik sebagai CEO MADA Corp pada Mei 2022.
Untuk rekod, susulan lawatan rasmi meninjau kawasan sawah yang terjejas akibat bencana banjir di kawasan seliaan MADA itu, Mohamad mengumumkan bantuan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi.
Bantuan terbabit bermula dengan nilai RM876 hingga RM1,800 per hektar dan maksimum bantuan sebanyak tiga hektar bagi satu musim penanaman.
BACA Tak mahu salam dengan menteri, AMANAH Kedah akan siasat, henti buli siber