Bersatu tumpas di Mahkota, salah Azmin?

Dua pemimpin Perikatan Nasional menyalahkan pengarah pilihanraya PN Datuk Seri Azmin Ali di atas kekalahan Bersatu di dalam PRK DUN Mahkota.

Pemimpin Bersatu yang tidak mahu dinamakan itu menyatakan bahawa Azmin tidak membuat kerja yang baik untuk memastikan mobilisasi jentera PN.

Azmin tidak menguruskan atau mengkordinasi jentera pilihanraya dengan betul, kata sumber menurut laporan FMT.

Pusat operasi PN tidak berkomunikasi dengan jentera luar sebaiknya ketika mengaturkan kempen, kata sumber tersebut, merujuk kepada jentera parti dari luar Johor.

“Hasilnya, mereka tidak datang,” kata sumber.

Azmin yang juga ketua penerangan PN juga hanya mengharapkan ahli Bersatu yang menyokongnya.

Sumber tersebut menyatakan bahawa Azmin sepatutnya mendapatkan pemimpin komponen lain juga untuk turut sama berkempen untuk calon.

Calon Bersatu Haizan Jaafar hanya memperoleh 7,347 undi berbanding calon BN Syed Hussien Syed Abdullah yang memperoleh 27,995 undi.

Undi majoriti BN sebanyak 20,648 undi adalah empat kali ganda majoriti yang diperoleh ketika PRN Johor pada 2022.

BACA JUGA: Ini respon Mahiaddin selepas kalah di Mahkota