Isu GISBH: Keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor akan dikemukakan untuk memperoleh perkenan Sultan Selangor
Pengerusi jawatankuasa hal ehwal Islam Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata keputusan Jawatankuasa Fatwa berkenaaan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) akan mendapat perkenan sultan sebelum dijadikan fatwa.
“Keputusan telah dibuat dalam mesyuarat (pada Selasa) dan kita akan kemukakan kepada Sultan Selangor sebelum ia digazetkan,” katanya, lapor media.
Mufti Selangor Datuk Anhar Opir sebelum ini menyatakan bahawa Jawatankuasa Fatwa Selangor telah membentangkan semua hasil penemuan berkenaan kumpulan GISB pada 30 Sept.
Jawatankuasa tersebut turut meneliti dan menilai bukti yang diterima daripada pihak polis dan JAIS serta kenyataan daripada individu-individu terbabit.
BACA JUGA: Isu GISBH: Jawatankuasa Fatwa MKI akan beri pandangan hukum sahaja
Â