Akta Kawalan Produk Merokok: Kesedaran meningkat tapi perlukan penjelasan lanjut
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yakin bahawa kesedaran masyarakat terhadap Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 telah meningkat namun masyarakat terutamanya pemegang taruh masih perlukan penjelasan.
“Penguatkuasa dari KKM sahaja ada 6,166 orang. Mungkin tiada penjelasan tetapi kesedaran masyarakat meningkat. Sebab itu kita perlukan enam bulan.
“Kita tak suka beri kompaun. Ada banyak data dan ia ambil waktu. Kita akan buat penjelasan berkala supaya ia jelas.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pegawai penguatkuasa kementerian agar bertindak dalam batasan undang-undang.
“Pegawai perlu asertif dan tegas. Laksanakan secara berhemah dan hikmah. Ini peraturan.
“Saya tahu ia lebih dikatakan berbanding dilaksanakan.
“Never take law into your own hands,” kata beliau.
Dr Dzulkefly berkata demikian ketika menjawab soalan media dalam program walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Puncak Alam petang tadi.
Akta yang dikuatkuasakan sejak 1 Oktober mengekang jualan produk rokok kepada generasi muda dan semua jenis pengiklanan merokok.
Â