Pekerja GISBH ada caruman PERKESO?

Pekerja di kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) tidak mempunyai rekod caruman dan pendaftaran dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, kementerian di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) masih melakukan siasatan perkara tersebut.

“Kita sebenarnya dalam mesyuarat post Kabinet lalu, arahan kepada menteri supaya JTKSM menyiasat dan keputusan hanya diketahui Rabu depan.

BACA JUGA:Dituduh dera budak rumah amal GISBH, lelaki ini didakwa di mahkamah

Â