Pendigitalan: Pemangkin sektor kesihatan, EMR sedang dilaksanakan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melihat pendigitalan sebagai pemangkin yang akan menjadikan sektor kesihatan negara efisyen, mampan dan berdaya saing.
Salah satu projek pendigitalan dalam proses pelaksanaan ialah Rekod Perubatan Elektronik (EMR).
“Agenda pendigitalan ini adalah antara fokus terpenting saya selaku Menteri Kesihatan dalam mentransformasi sektor kesihatan negara ke arah yang lebih efisyen, mampan dan berdaya saing untuk keselesaan rakyat.
“Melalui agenda transformasi digital Kementerian Kesihatan Malaysia, EMR di mana satu rekod perubatan lengkap untuk seorang rakyat telah mula dilaksanakan di klinik-klinik kesihatan dan pergigian serta di beberapa hospital dalam negara.
Pelaksanaan EMR ini akan dapat meningkatkan kecekapan dalam diagnosis dan rawatan terutamanya dalam kes-kes kecemasan di mana para doktor dan petugas kesihatan dapat mengakses maklumat pesakit secara segera tanpa perlu meneliti rekod fizikal.
Ini adalah penting sebagai kelengkapan ampuh untuk memerangi ‘pandemic of NCDs’ yang telah meletakkan ‘heavy burden of diseases’ terhadap sistem kesihatan negara.
Beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama pemain industri eksekutif tertinggi dan pembimbing pendapat Utama yang membincangkan agenda pendigitalan dalam sektor kesihatan Malaysia.
Â