PN-Pas tiada hala tuju selepas dua tahun, walaupun sebagai pembangkang

OLEH AHMAD MURSI

Wakil rakyat Pas menunggu-nunggu main isu agama, untuk berlagak sebagai hero rakyat.

Jika tiada isu, maka dicipta isu tipu seperti dakwaan Hj Hadi ‘kerajaan nak hapus Islam dalam perlembagaan’.

Ahli parlimen Pas tak mahir dan berpengetahuan isu ekonomi, polisi dan dasar. Kalau bercakap pun, terserlah kejahilannya.

Misalnya, YB Fadhli Shaari, memang hero bila cetus polemik berkait agama. Tapi bila cakap hal ekonomi seperti inflasi, nampak jahil pula.

YB Syahril Sulaiman ‘Syahirnomic’ yang dikatakan terpaling pakar ekonomi PN-Pas, dah dua tahun jadi ahli parlimen, apa isu yang dijuarai selain ‘ruh ruh, neh neh’?

Logiknya, kalau wakil rakyat Pas berpengetahuan, tentulah 4 negeri Pas dah lama maju tapi itu tidak berlaku.

‘Kabinet Bayangan PN-Pas’ hanya tinggal bayang-bayang. Tiada hala tuju, tiada agenda sendiri, tiada idea alternatif. Hanya semata-mata kritik.

Ada atau tidak Belanjawan Alternatif PN-Pas 2025? Kita nantikan.

Tiada pemimpin PN-Pas yang boleh inspirasikan rakyat untuk buat perubahan polisi dan dasar dah jadi ‘calon PM’ seperti DS Anwar jadi Ketua Pembangkang dulu.

Ingatkan, hanya masa Tebok Atap, rupanya jadi pembangkang pun ramai MP PN-Pas makan gaji buta.

KPI wakil rakyat Pas diukur sebanyak mana hadir kenduri kahwin atau majlis tahlil, bukannya sebanyak mana dasar dan polisi yang dibahas dan dijuarai.

Apalah yang Pas nak banggakan menang 43 kerusi parlimen terbanyak dalam sejarah Pas jika semua ‘tin kosong’.

Negara rugi ada pembangkang macam ini.

BACA JUGA: Penipuan seorang ulama dalam politik: Bukan hal kecil walaupun sekali

Â