Rizab antarabangsa meningkat AS$2.1 billion dalam tempoh 2 minggu bulan lalu
Rizab antarabangsa pada 13 Sept berjumlah AS$117.6 billion pada 13 September meningkat sehingga AS$119.7 pada 30 September 2024.
Menurut Bank Negara Malaysia rizab tersebut turut mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.
“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” katanya dalam satu kenyataan.
Rizab terdiri daripada rizab mata wang asing yang berjumlah AS$119.7 billion. Ia diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak AS$106.8 billion.
Ia diikuti oleh hak pengeluaran khas (SDR) bernilai AS$5.9 bilion, emas AS$3.3 bilion dan aset rizab lain AS$2.4 bilion.
Jumlah aset berjumlah RM601.39 billion.
Ia merangkumi emas dan rizab pertukaran asing, termasuk SDR (RM491.66 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.58 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM5.26 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.57 bilion), tanah dan bangunan (RM4.10 bilion) dan aset-aset lain (RM62.18 bilion).
BNM berkata, modal dan liabiliti berjumlah RM601.33 bilion.
Ia terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM178.87 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.31 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM144.18 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM4.87 bilion), deposit lain (RM64.96 bilion), kertas Bank Negara (RM12.19 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion), dan liabiliti lain (RM3.60 bilion).