Ahli Parlimen Cameron Highlands jadi Ahli MKT UMNO

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Dr Ramli Mohd Nor mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, malam tadi.

Pelantikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi media sosial.

Asyraf berkata, hal tersebut adalah detik bersejarah apabila beliau Orang Asli pertama menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

“Pelantikan ini membuktikan komitmen parti untuk menghargai dan memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang termasuk orang asli.

“UMNO akan terus komited untuk memperjuangkan suara dan hak-hak masyarakat Orang Asli dan memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama memacu kegemilangan negara dalam landskap politik negara,” katanya lagi.

Â