Benarkah tidak cuti Jumaat kurang Islamik?
Oleh AHMAD MURSI
Bagi negeri-negeri yang menetapkan cuti pada hari Jumaat untuk memudahkan solat Jumaat, itu langkah yang baik.
Namun, tidak tepat untuk mengatakan bahawa negeri tersebut lebih “Islamik” berbanding negeri-negeri lain yang menetapkan cuti pada hari Ahad.
Firman Allah SWT: “๐๐ข๐ฉ๐ข๐ช ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ-๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ช๐ฎ๐ข๐ฏ! ๐๐ฑ๐ข๐ฃ๐ช๐ญ๐ข ๐ฅ๐ช๐ด๐ฆ๐ณ๐ถ ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ถ๐ฏ๐ข๐ช๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฐ๐ญ๐ข๐ต ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฉ๐ข๐ณ๐ช ๐๐ถ๐ฎ๐ข๐ข๐ต, ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ข ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐จ๐ฆ๐ณ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ถ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ช๐ฏ๐จ๐ข๐ต๐ช ๐๐ญ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฉ๐๐ฃ๐๐๐๐ก๐ ๐๐ฃ๐ก๐๐ ๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ก๐” (Surah Al-Jumu’ah: 9), yang menunjukkan bahawa umat Islam juga terlibat dalam perniagaan atau pekerjaan pada hari Jumaat.
Kemudian Allah berfirman lagi: “๐๐๐ฉ๐๐ก๐๐ ๐จ๐๐ก๐๐จ๐๐ ๐จ๐ค๐ก๐๐ฉ, ๐ข๐๐ ๐ ๐๐๐ง๐ฉ๐๐๐๐ง๐๐ฃ๐ก๐๐ ๐ ๐๐ข๐ช ๐๐ ๐ข๐ช๐ ๐ ๐๐ช๐ข๐, ๐๐๐ฃ ๐๐๐ง๐๐ก๐๐ ๐ ๐ช๐ง๐ฃ๐๐ ๐ผ๐ก๐ก๐๐” (Surah Al-Jumu’ah: 10).
5Maksudnya, setelah solat Jumaat, umat Islam dianjurkan untuk kembali melakukan aktiviti seperti berniaga, bekerja, atau mencari rezeki yang merupakan ‘kurnia Allah’, yang merujuk kepada manfaat duniawi dan ukhrawi (Tafsir Ibn Kathir).
Dalam Islam, ibadah khusus itu penting, namun mencari nafkah juga adalah satu kewajiban yang penting, bahkan menjadi satu ibadah jika niatnya baik.
Ini tidaklah menafikan kepentingan hari Jumaat buat umat Islam sebagai penghulu segala hari, hari mustajab doa, dilipatgandakan pahala amalan, dan juga hari di mana kiamat akan berlaku, serta kelebihan-kelebihan lain.
Islam tidak seperti sebahagian penganut agama Yahudi atau Kristian (tidak semua) yang melarang sebarang bentuk kerja dan mengkhususkan hari Sabat (dari gelincir matahari Jumaat hingga gelincir matahari Sabtu) atau Ahad untuk ibadah.
Islam memudahkan dalam soal pemilihan hari cuti, dan ini hanyalah berkaitan dengan siasah syariyyah yang melihat kepada maslahah (kepentingan umum) yang telah ditentukan oleh pihak pemerintah.
Di Johor khasnya, terdapat juga rungutan mengenai waktu cuti yang berlainan antara suami, isteri, dan anak-anak, lebih-lebih lagi jika bekerja di negeri yang berlainan atau di Singapura atau berbeza swasta dan kerajaan. Ini menghadkan waktu cuti bersama keluarga.
Sebahagiannya ada yang selesa melakukan aktiviti keluarga serta bermusafir pada hari cuti Sabtu dan Ahad, dengan mengambil rukhsah (keringanan) tanpa terikat dengan kewajiban solat Jumaat.
Mazhab Syafi’i mensyaratkan musafir dimulakan sebelum Subuh untuk membolehkan solat Zohor menggantikan solat Jumaat.
Ada yang kata, cuti hari Jumaat akan menyebabkan kurang individu culas solat Jumaat.
Ada juga pandangan bahawa, komitmen individu untuk hadir solat Jumaat lebih besar semasa berada di pejabat, berbanding jika mereka berehat di rumah pada hari cuti. Wallahua’lam.
BACA JUGA Lagi bukti ekonomi Malaysia bertambah kukuh, ini unjuran dari Bank Dunia
ย