Dakwa banjir di Selangor memalukan, KP Pas Selangor disekolahkan netizen
Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar disekolahkan pengguna media sosial selepas mendakwa banjir di Selangor sebagai memalukan.
Mohamed Sukri dalam satu kenyataan semalam berkata, Selangor antara negeri yang menerima peruntukan tebatan banjir tertinggi namun masih lagi dilanda air bah.
Selangor juga katanya menjadi penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) namun negeri tersebut terus dibelenggu masalah banjir.
Ekoran itu, warga maya menegur keceluparan Pas yang seperti menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri kerana bercakap seolah-olah negeri yang ditadbir parti itu tidak pernah dilanda banjir.
Mereka berkata, banjir di Selangor adalah disebabkan pembangunan yang pesat, tidak seperti di negeri-negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) yang negerinya mundur tetapi setiap kali banjir, ribuan penduduk terjejas.
“Banjir di Selangor seiring dengan pembangunan pesat dan pertambahan penduduk. (Berbanding) dekat negeri-negeri PN yang mundur dan tak ramai penduduk, tiap kali banjir puluh ribu yang terjejas,” kata Tam Zaini.
“Pemuda Pas jangan mudah jatuh hukum. Kalau itu pendirian Pemuda Pas, apa pula kisah banjir di Kedah? Dan apa pula pendirian pemuda Pas kemungkinan selepas ini banjir di Kelantan dan Terengganu?,” soal laman Facebook Islah Komuniti Pantai Timur.
Beberapa pengguna juga menegur pemimpin Pas itu untuk tidak mengaitkan musibah dengan politik.
Sebelum ini Mohamed Sukri berkata, tidak mustahil Selangor sudah tidak digemari oleh pelabur kerana isu banjir yang sering melanda.
Beliau juga dengan angkuh menyarankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan fokus yang lebih banyak kepada Selangor berbanding Kedah agar masalah tersebut dapat ditangani.
BACA JUGA Lagi bukti ekonomi Malaysia bertambah kukuh, ini unjuran dari Bank Dunia
Â