Jangan usik komponen parti Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pimpinan dan ahli parti agar berhenti mengusik komponen parti Kerajaan Perpaduan.

Beliau juga berkata Pakatan Harapan tidak perlu meminta maaf kepada Umno berhubung tohmahan yang dibuat pada masa lalu.

“Tak perlu permohonan maaf. Jangan peril komponen parti Kerajaan Perpaduan.

“Kita perlu saling menghormati, apa yang penting sekarang ialah kita perlu kekalkan perpaduan kerajaan ini,” kata beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada seruan timbalan ketua BN Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mahukan PH memohon maaf di atas tohmahan yang telah membentuk persepsi terhadap Umno dalam kalangan pengundi.

Jazlan yang menganalisa keputusan PRK DUN Mahkota berkata tiada satu-satu parti dari BN mahupun Pakatan Harapan boleh mendakwa dirinya adalah tulang belakang Kerajaan Perpaduan.

Zahid berkata kenyataan tersebut pandangan peribadi Jazlan dan tidak mewakili pendirian parti.

“Kenyataan yang dibuat oleh Nur Jazlan, (Ketua Pemuda Umno) Dr Akmal (Saleh) adalah pandangan peribadi mereka. Selagi kenyataan tidak dibuat oleh ketua parti atau presiden ia dianggap pandangan peribadi,” katanya.

Zahid bagaimanapun tidak menjawab ketika ditanya sama ada Umno akan ambil tindakan terhadap Jazlan.

BACA JUGA: Islam tak perlukan Pas, orang ramai ‘sekolahkan’ Abdul Hadi

Â