Harga petrol, diesel kekal hingga 16 Oktober
Harga petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Oktober ini.
Sementara itu, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter untuk tempoh berkenaan.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu lagi.
BACA JUGA Islam sentiasa menang tapi Pas kalah, Abdul Hadi kena ‘serang’ lagi
Â