Jom bangkit pertahan Palestin

OLEH: ABBAS AZMI

Berpuluh-puluh tahun rakyat Palestin ditindas oleh Zionis Israel dengan pelbagai pencabulan hak dan nilai kemanusiaan rakyat Palestin.

Namun genap setahun yang lalu, serangan bertubi-tubi Zionis Israel kepada rakyat Palestin merupakan kemuncak kepada kekejaman Zionis tersebut.

Ia bukan sahaja membelakangkan nilai kemanusian demi sebuah keangkuhan Zionis, malah meremehkan saranan badan-badan berkuasa dunia atas kekejaman tersebut.

Meskipun begitu, rakyat Palestin tidak pernah mundur dan berhenti mempertahankan tanah airnya.

Seruan kepada semua pimpinan dan seluruh ahli Parti AMANAH di Malaysia untuk turun beramai-ramai pada 11 Oktober 2024 di Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur bagi menunjukkan kebersamaan kita kepada perjuangan rakyat Palestin.

Seharusnya diatas kekejaman yang sedang dilakukan oleh Zionis Israel itu kita tidak boleh hanya membiarkan pejuang yang mempertahankan Palestin seperti Hamas, Hezbollah, Pejuang Mujahid dan negara-negara seperti Iran dilihat bersendirian.

Kebersamaam kita di himpunan ini adalah lambang solidariti rakyat Malaysia atas keyakinan perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis Israel.


Abbas Azmi ialah pengarah biro mobilisasi AMANAH dan ADUN Seri Serdang.

Â