Perlis dijangka alami gelombang kedua banjir lebih buruk
Perlis dijangka akan mengalami gelombang kedua banjir lebih buruk pada pertengahan bulan ini ekoran hujan lebat yang bakal bertembung dengan fenomena air pasang besar.
Ia berikutan ombak besar dijangka mencecah sehingga 3.7 meter (m) bakal melanda pesisiran pantai negeri itu pada 16 hingga 19 Oktober depan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perlis, Datuk Che Murad Sayang Ramjan, negeri itu kini sedang bersiap sedia menghadapi gelombang terbabit jika hujan lebat berterusan melanda sekitar tarikh tersebut.
“Berdasarkan maklumat yang diberikan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, ketinggian ombak boleh mencecah sehingga 3.7m ada tempoh itu.
“Jika berlaku hujan lebat pada waktu itu, kita menjangkakan keadaan banjir mungkin akan lebih buruk berbanding pertembungan hujan lebat dan air pasang pada pertengahan September lalu,” katanya, memetik BH.
Sejak pusat pemindahan sementara (PPS) pertama beroperasi di Perlis semalam, enam PPS dibuka dengan menempatkan keseluruhan 514 mangsa daripada 165 keluarga.
BACA JUGA Tiada parti boleh guna nama agama
Â