Selepas lebih 1,000 terkorban, si gila genosid ini ugut Lubnan

Benjamin Netanyahu yang digelar si gila genosid sudah mengugut rakyat Lubnan bahawa mereka boleh menghadapi kemusnahan dan penderitaan seperti rakyat Palestin di Gaza jika mereka tidak membebaskan negara mereka daripada Hizbullah.

Perdana Menteri Israel itu memberi amaran demikian selepas lebih 1,000 orang di Lubnan dalam tempoh dua minggu lalu dan menyebabkan lebih sejuta orang melarikan diri.

“Kamu mempunyai peluang untuk menyelamatkan Lubnan sebelum ia terjerumus ke dalam jurang peperangan yang panjang, sehingga membawa kepada kemusnahan dan penderitaan seperti yang kita lihat di Gaza.

“Saya berkata kepada kamu, penduduk Lubnan. Bebaskan negara kamu daripada Hizbullah supaya perang ini dapat berakhir. Kamu berdiri di persimpangan jalan penting, berdiri dan rebut kembali negara kamu.

“Jika kamu tidak melakukannya, Hizbullah akan terus cuba memerangi Israel dari kawasan berpenduduk padat dengan memperalatkan kamu.

“Tidak kisah jika Lubnan diheret ke dalam peperangan yang lebih luas,” katanya dalam ucapan video yang dimuatnaik di platform X hari ini.

Statistik serangan Israel di Lubnan dalam tempoh antara 30 September dan 5 Oktober 2024.

Kenyataan angkuh Netanyahu itu ketika tentera pengganas Israel membedil selatan Lubnan bertubi-tubi mengakibatkan kemusnahan besar-besaran dan mengorbankan sekurang-kurangnya 50 pejuang termasuk enam komander sektor dan pegawai wilayah dalam tempoh 24 jam.

Semalam, Netanyahu berkata, serangan udara Israel telah membunuh dua pengganti berpotensi kepada pemimpin Hezbollah, Ahmad Nasrallah.

Menerusi kenyataannya hari ini pula, Perdana Menteri negara haram itu mendakwa, tenteranya sedang mengusir beribu-ribu ‘pengganas’, termasuk pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah serta pemimpin penggantinya.

Sementara itu, pegawai Hizbullah secara konsisten berkata, mereka tidak akan berhenti untuk terus berjuang sehingga Israel menamatkan perang di Gaza.

Timbalan Ketua Hizbullah, Naim Qassem kini pegawai tertinggi Hizbullah selepas ketuanya Hassan Nasrallah terbunuh dalam serangan Israel.

BACA JUGA Islam sentiasa menang tapi Pas kalah, Abdul Hadi kena ‘serang’ lagi

Â