Tiada parti boleh guna nama agama

Oleh LIYANA MARZUKI

Punya teruk naratif yang dicanang baru-baru ni. Katanya kerajaan nak pinda Perlembagaan nak buang agama Islam sebagai agama rasmi.

Saya dengar perkara ini dari kecil. Dulu termakanlah propagand. Apabila dah masuk universiti, barulah tersedar.

Nak pinda perkara-perkara sensitif mengenai Islam dan hak Bumiputera, bukan sahaja perlukan undi dua pertiga, malah kena perkenan Majlis Raja-Raja.

Sembilan Raja-Raja Melayu kena bersetuju, nak pinda Perlembagaan begitu.

Baginda-Baginda ini penaung dan pemimpin nombor satu agama kita. Logikkah Baginda setuju buang agama dalam Perlembagaan. Hilanglah kuasa.

Politikus yang merepek meraban asyik bodohkan Melayu, disarankan masuk kelas Perlembagaan terlebih dahulu.

Ini politikus yang sama naik memerintah negara, dinaikkan judi kepada 21 kali daripada 8 kali sebelumnya.

Perkenalkan Timah, arak keluaran negara pertama, baju peramugari yang jadi bahan dulu kala, mereka buat-buat alpa. Langsung tak buat apa.

Saya percaya, di Malaysia, agama sudah jadi komoditi politik dan vice versa.

Yang saya nak lihat dipinda, seperti negara-negara Islam Indonesia dan Turki misalnya, ialah tiada parti boleh guna nama agama dalam berpolitik. Depolitasi agama. Bilalah nak terpakai di Malaysia?

BACA JUGA Islam sentiasa menang tapi Pas kalah, Abdul Hadi kena ‘serang’ lagi

Â