Berapa nilai aset GISBH?
GISBH dipercayai mempunyai 23 harta di 10 negara yang bernilai RM52.55 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya sedang menunggu maklumat lanjut harta di luar negara dari rakan sejawat mereka.
Setakat ini pihak polis telah pun membekukan asset GISBH yang bernilai lebih daripada RM17 juta.
Shuhaily turut memaklumkan jepada media 16 pemimpin GISBH, termasuk ketua pegawai eksekutifnya telah ditahan di bawah SOSMA.
Dalam perkembangan berkaitan beliau menyatakan bahawa Jabatan Peguam Negara telah mengiyakan empat kertas siasatan untuk pendakwaan.
Dakwaan akan dibuat atas tuduhanpenyeludupan manusia, serangan seksual ke atas kanak-kanak dan menjalankan operasi pusat asuhan kanak – kanak yang tidak berdaftar.
BACA JUGA: Khutbah Jumaat Selangor senaraikan empat penyimpangan GISBH
Â