Di mana 4 murid tahfiz Datuk Keramat ini berada?
Empat murid di Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke pusat tahfiz berkenaan, sejak 7 Oktober lalu.
Keempat-empat murid dari pusat tahfiz di ibu negara itu berumur antara 10 hingga 12 tahun.

Mereka disedari tidak pulang pada jam 10.30 malam ke pusat tahfiz yang pernah mengorbankan 21 pelajar dan dua tenaga pengajar dalam kebakaran dahsyat pada 2017 itu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata mengikut laporan, empat murid terbabit keluar dari pusat tahfiz itu dan tidak pulang.
“Setakat ini, mereka belum ditemui,” katanya, memetik BH hari ini.
Terdahulu, tular rayuan Rasidi Othman yang merupakan ayah kepada salah seorang murid tahfiz terbabit untuk mengesan keberadaan anaknya, Muhammad Abdul Razak.
“Sekiranya dapat maklumat, mohon kerjasama untuk hubungi saya di nombor 018-6669863 (Rasidi Othman),” katanya dalam satu kenyataan yang tersebar sejak malam tadi.
BACA JUGA Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri petang ini