Timbalan Menteri Kewangan cuti sakit
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying telah mengambil cuti sakit sejak 8 Oktober sehingga 16 Oktober berdasarkan nasihat doctor.
Beliau telah menjalani pembedahan pada 4 Oktober dan sedang menjalani pemulihan di kediamannya, kata pejabat Lim dalam satu kenyataan.
Beliau akan kembali bertugas pada 17 Oktober.
Pusat khidmat parlimen Tanjong akan meneruskan operasi ketika beliau bercuti.
Lim ialah ahli parlimen Tanjong dan setiausaha DAP Pulau Pinang.
Â