Wanita rempuh empat pelajar rupanya tak pernah ada rekod rawatan mental?

Tragedi berdarah meragut tiga nyawa penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun baru-baru ini menyayat hati ramai.

Terbaharu wanita yang dikatakan mengalami masalah mental  sehingga merempuh empat pelajar universiti terbabit rupa-rupanya tidak pernah mendapatkan rawatan mental di mana-mana pusat kesihatan di Terengganu.

Perkara itu disahkan sendiri Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong menurut laporan Bernama.

Difahamkan, wanita berusia 49 tahun terbabit tidak mempunyai sebarang rekod kesihatan sama ada di hospital atau klinik kesihatan di negeri tersebut.

Wanita itu kini direman empat hari bermula kelmarin.

Suspek yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika kejadian, disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Untuk rekod, tiga mangsa yang maut ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah ialah Muhammad Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, dirawat di Hospital Dungun.

BACA JUGA ‘Proton di mana-mana’, gadis Indonesia terkejut rakyat Malaysia sangat cintakan produk tempatan

Â