Anak muda pro-Tun M anggap pengakuan Hasmah hasil janaan AI
Terdapat anak muda yang menganggap pengakuan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berkenaan sebab beliau tidak bertudung adalah hasil janaan kecerdasan buatan (AI).
Reaksi tersebut susulan tular kembali sedutan rakaman pengakuan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu pada 2017.
Menerusi kenyataan kepada pemberita ketika itu, Hasmah memberitahu beliau tidak bertudung kerana dilarang suaminya.
“Suami saya larang saya bertudung. Bila bertudung kena minta kebenaran daripada suami.
“Saya ada teringin (bertudung) lepas balik dari Makkah, naklah ambik berkat, pakailah tudung, sampai dia (Mahathir) palingkan mukanya,” jelasnya.
Hasmah berkata demikian selepas merasmikan simposium “Siti Hasmah: Wanita pencorak masa depan negara” di Bukit Damansara anjuran Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Susulan penafian penyokong Mahathir atau turut digelar ‘walatun’, warganet mengingatkan bahawa pengakuan Hasmah itu berlaku jauh sebelum wujudnya teknologi AI.
“Tahun 2017 punya video ni walatun oii.. AI pun belum wujud lagi. Kau yang noob.
“Ni memang kenyataan dia (Hasmah). Dah lama cerita ni.
“Nak tanya siapa yang liberal sekarang ni?” demikian antara komentar warganet
BACA JUGA ‘Dahan pokok cedera dilanggar’, ramai ketawa Syed Saddiq cedera langgar pokok tumbang