Banyak ‘warisan penjajah’ Pas kena ubah selain cuti Jumaat

Oleh AHMAD MURSI

Fobia juga apabila mendengar alasan kritikan Pas Johor bahawa cuti Ahad berbanding Jumaat adalah ‘warisan penjajah’.

Hal ini memandangkan Amanat Haji Hadi dulu juga gunakan alasan ‘Perlembagaan Penjajah’ untuk meniup semangat Jihad dan Syahid menentang UMNO.

Namun kini, Hadi pula yang bermati-matian pertahan ‘Perlembagaan Lord Reid’ itu dan menuduh parti lain pula nak ubah perlembagaan khasnya berkaitan Islam.

Cukuplah, sudah banyak persaudaraan putus, suami isteri cerai berai, Memali terkorban, boikot solat jenazah dan kenduri kendara, dua imam dan lain-lain.

Tentulah benci membaca sejarah kita dijajah dan khazanah kita diangkut keluar. Tapi banyak ‘warisan penjajah’ masih diguna hingga hari ini jika Pas berniat nak buang kesemuanya.

Antaranya sistem pentadbiran, perundangan, Parlimen, struktur kerajaan, pelabuhan, rel keretapi, sebahagian sistem sekolah² dan universiti dan lain-lain.

Universiti Malaya (UM) itu sendiri, bermula dari Kolej Perubatan King Edward VII tahun 1905 di Singapura dan kemudian bergabung dengan Kolej Raffles pada 1949 membentuk UM yang kini universiti tertua di Malaysia.

Tidak dinafikan, banyak aspek perlu ditambah baik termasuk isu polarisasi kaum, pengasingan sekolah anak-anak, ketidakseimbangan ekonomi, pemulihan identiti kebangsaan dan lain-lain.

Tapi, tiada guna lagi bernostalgia atau meratap sejarah. Hiduplah dengan realiti hari ini dan buat islah setakat termampu berdasarkan maslahah semasa.

Banyak ruang kebaikan yang boleh dibuat jika kita sentiasa positif dan tidak merosakkan persaudaraan dan perpaduan semata-mata kerana pertikaikan hal yang ditinggalkan penjajah.

Setakat ini, Islam berkembang sangat baik di negara kita dengan banyak ruang yang ada.

Hanya Pas yang sentiasa rasakan masih ‘tidak cukup Islam’ kerana mereka masih tidak jadi PM dan tafsiran ‘negara Islam’ Pas rumit untuk difahami.

Ada negara yang dijajah Belanda, Sepanyol, Perancis. Keadaan negara mereka tidak sebaik kita kerana legasi penjajah.

BACA JUGA ‘Dahan pokok cedera dilanggar’, ramai ketawa Syed Saddiq cedera langgar pokok tumbang

Â