‘Dahan pokok cedera dilanggar’, ramai ketawa Syed Saddiq cedera langgar pokok tumbang

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman cedera selepas basikal ditunggangnya terjatuh dan melanggar dahan pokok tumbang semasa menyertai Kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi semalam.

Bagaimanapun, orang ramai menerusi media sosial dilihat ramai pula meninggalkan emoji ketawa.

Ada yang secara berseloroh berkata, dahan pokok cedera akibat dilanggar selain mempersoal mengapa Ahli Parlimen Muar berkenaan tidak cuba mengelak.

“KJ dah dapat anugerah DJ paling popular. Mungkin beliau juga bakal dapat anugerah olahragawan paling popular,” kata pengguna Facebook, Jasz Adenan.

Dalam masa sama, ada yang berpendapat tidak wajar ketawa atas kemalangan dihadapi orang lain.

Walau bagaimanapun, reaksi bernada sinis dan sindiran itu dilihat susulan isu-isu kontroversi melibatkan Syed Saddiq semasa menyertai acara sukan.

Antaranya, Julai lalu, Syed Saddiq mengakui kesilapan sewaktu Kejohanan Triathlon lon Antarabangsa Desaru 113 di Desaru, Johor menyebabkannya dianugerahkan tempat ketiga dalam pertandingan tu.

Status itu kemudian telah ditukar kepada tidak habis larian iaitu DNF. Justeru, Syed Saddiq memohon maaf kepada komuniti triathlon.

“Banyak kali tipu dan kantoi, jadi orang dah susah nak percaya,” kata Fuad Ali.

Semasa insiden itu, Syed Saddiq berbasikal pada sebelah tengah hari tetapi bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkenaan tetap meneruskan acara tersebut dalam keadaan cuaca sedang hujan.

Syed Saddiq, 31, kali pertama menyertai Ironman Malaysia dengan perlu menamatkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km.

BACA JUGA Bahasa Melayu terus dibela di bawah kerajaan MADANI, DBKL seru orang ramai buat aduan

Â